Wednesday, April 28, 2010

rahsia hidup sihat

ada orang yang ajar aku dalam satu sessi senam otak beberapa minggu lalu.. seperti biasa terprovokasi untuk berkongsi.. ;) tapi sebab byk sangat self-talk negatif dalam diri aku, maka aku tak tulis2..

ada bukti berkesan pada diri sendiri ker? nih tgh cuba laa nih.. tak berkesan buat apa nak citer? kan nampak sikit perubahan.. tak malu ker nak kongsi, tengok perut tuh? kalau tak kongsi takleh nak lock ilmu diri.. nak kongsi tapi cuba tolong perut tuh dulu! kan aku sedang buat.. buat jer laa sampai selesai dulu! kalau aku tulis aku lebih clear apa nak buat.. nak berlagak laa tuh! ish.. ye laa takyah tulis..

tapi hari nih aku peduli apa self-talk dlm diri aku.. kalaupun aku tak berjaya, org lain boleh guna dan berjaya.. info tak share tak jadi ilmu.. kan ilmu nih model dari yang dah berjaya.. suka hati aku laa.. cukup merepek..

maka beginilah..

kawan aku pun berkata, "nak kurus nih, pertama mental kena kuat.. mula2 kena suka dengan badan sendiri.. ok sedikit gemuk.. walaupun realitinya 'mak ai peyut, cuma nak buang skit jer.. mental state kena betul.. kena bayangkan badan yg kita nak, walaupun kat cermin tuh badak air madagascar.. kena tau nak kurus pasal apa.. whatever the reason, alasan kena kuat dan beremosi.. malu org kutuk, rasa tak sihat, nak mudah bergerak atau apa saja.. kena tau rasanya macammana.. visual, auditori dan kinestetik.."

"kedua, kena tau kenapa kita jadi camtuh.. bayang2kan zaman kurus dan ingat2kan kenapa kita jadi gemuk.. nih kena clear.. kenapa kita jadi gemuk.. bayangkan juga apa perasaan kita bila orang lain kata kita gemuk dan reaksi emosi kita ketika org bagi gesture yg kata kita nih gemuk.. sama juga.. kenali sub-modalities visual, auditori dan kinestetik.."

ketiga, kawan aku tuh kata mulakan dengan kontrol pernafasan.. berlatih bernafas dengan betul.. bila aku tanya kenapa, dia kata ada kaitan dengan sistem limfa.. kalo sistem darah ada jantung untuk pam, sistem limfa bergantung pada pernafasan dan otot kita.. panjang betul penjelasan dia.. jadi latihannya, tarik nafas dalam, tahan dalam kiraan empat, dan hembus perlahan dalam kiraan dua, buat sepuluh kali, sekurang2nya tiga kali sehari.. dia kata sebab tuh orang yg buat yoga biasanya vegetarian sebab dia tak lapar.. kalau bernafas betul, kita tak rasa lapar.. kata dia.. aku masih bereksperimentasi..

keempat, biasakan makan makanan yang berair.. macam buah2an.. minum air banyak tuh boleh tapi lebih baik flush sistem badan dengan buah2an.. buah2an yang berair tuh bagus katanya, sebab itu sentiasa membantu badan dalam pembersihan.. baru badan berfungsi dengan baik..

dia bagi contoh, "ko tengok semua binatang besar2 tuh, malah dinasour yang paling besar dulu, semuanya herbivor yang karnivor nih kecik2 jer.. tulang tak kuat.."

kelima, jangan makan campur2 dan kena betul.. contohnya kalo makan karbohidrat jangan makan sekali dengan makanan berprotein.. dia bagi contoh itu jer..

dia kata, "sebab karbohidrat tuh dihadamkan dalam medium alkali, protein dihadam dalam medium asid.. ko campur dua2 apa yg jadi? neutral.. bila dah neutral, makanan tak hadam dengan baik.. busuk dalam perut.. tuh kentut busuk.."

isk.. dia suh aku check samail tardmizi tengok camna Nabi saw makan dan minum..

dia sambung, "bukan aku kata jangan makan, tapi jangan masukkan sekali dalam waktu bersamaan.. contoh, makan buah patut perut kosong baru betul.. sebab buah2an bukan dihadam dalam perut tapi dalam usus kecil.. ko makan nasi banyak2 pastu baru makan buah, apa jadi buah tuh dlm perut? busuklah.. tak sempat sampai usus.." aku angguk2 kepala..

keenam, bersenam.. "jangan main ikut2 orang.. ko gemuk kena bersenam macam org gemuk, jangan senam macam org kurus.. lain.. ko senam nak buang lemak, dia senam nak kuatkan otot.. aku kesian tengok org gemuk bersenam sampai tak bernafas, turunlaa banyak kilo, pastuh naik balik berkilo2 lagi banyak.." aku tanya, "senam orang gemuk camna?"

"aerobic?" pitam sekejap otak aku.. dia sambung, "ada dua jenis senam.. aerobik dan anaerobik.. satu tuh bersenam pakai nafas dan satu lagi senam tak sempat bernafas.. org gemuk macam ko nih metabolisme rendah.. kena training metabolisme bagi naik.. so kalo bersenam kena fokus nak naikkan kadar metabolisme bukan nak buang lemak.."

"benda yang paling penting kena ukur ialah detak jantung ko.. maksimun detak jantung kita nih sifir dia 220 tolak umur.. biasanya camtuh.. so kalo umur ko 40, 220-40=180.. tuh maksimum.. bila jantung ko lebih dari tuh, maka ia akan jadi anearobik.. bila anaerobik, badan kita akan pakai gula dalam darah kita sebagai tenaga.. kena ingat sistem saraf kita pakai 2/3 dari gula dalam darah kita.. bila kurang nih yg kita dok rasa pening kepala bila penat.."

"nak buang spare tyre kat perut ko tuh, kena buat aerobic exercise.. kena latih badan ko guna lemak tuh.. jangan bersukan macam nak gila tapi yang kita buang air dan otot kita.. mmg laa turun tapi lemak tuh melekat tak tanggal.."

"err.. macammana aku nak tau masa tuh aerobik ke anaerobik? berapa lama nak exercise tuh?"

"ko pemalas kan? nih elok utk org malas.. senam yang aerobik nih ko patut tak rasa terpaksa.. ko akan rileks jer enjoy.. mula2 ko buat warm-up 15 minit.. pastuh ko buat jer senaman apa2 yg aerobik dalam 20-45 minit.. pastuh ko kena buat cool-down dalam 15 minit.. jangan berenti terus.. jalan2 dulu.. nak tau aerobik ke tak, ko cuba bercakap amsa exercise, selagi ko boleh bercakap maknanya masih aerobik, kalo dah menggelupur tuh anaerobik laa tuh.."

"oo camtuh jer"

"haah.. mental muda tapi badan tua tak guna.. semangat ada tapi takder kudrat, buat apa? boleh?" aku hanya angguk2..






Monday, April 5, 2010

Shaken baby Syndrome (SBS)


2010/4/5 Afandi Sidek wrote:


General info:
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
(ed: maaf saya tak sampai hati nak paparkan wajah bayi tersebut di sini, cukuplah kisahnya sebagai pedoman.)

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


Health Info:

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Related Posts with Thumbnails