Thursday, October 9, 2008

Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita


On Thu, Oct 9, 2008 at 10:04 PM, Nicky Yaya

1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan 'tampon' mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum.Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risikojangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai penty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7) Selain dari itu, bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic.Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur .Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu –waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause..

9) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak ,berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin.Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak,supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak.Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran.Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13) Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Benign prostatic hyperplasia/hypertrophy (BPH)


2008/10/9 Shamsul Amri (amri_ya@...)

Cuba rujuk diagram kat sebelah ni

Saluran air kencing ( urethra) bermula dari lantai pundi kencing ( urinary bladder...bukan ulinary brader), melalui kelenjar prostate terus ke dunia luar.

Makin meningkatnya umur, sel2 prostate mengganda dan menyebabkan kelenjar prostate membengkak n seterusnya menyebabkan saluran urethra partially or completely block.

pembengkakan ni bermula seawal umur 30 tahun ( pasal tengah galak ). menjelang umur 50 tahun lebih kurang 50% dah menunjukkan tanda pembengkakan sel, by the age of 80 (ramai yang dah jalan) 75% pula yang ada. Tapi mungkin dalam 40-50 peratus yang akan ada symptom or tanda2 penyakit

Biasanya BPH tak dianggap sebagai pre cancerous lesion

antara tanda2 penyakit...kencing kerap, kencing tak leh control, tak lawas, pancutan air kencing yang lemah, meleleh, kena kuat meneran, kencing malam, sakit semasa kencing. p/s Nicky...ni suma takdak kaitan ngan pakai gam UHU ( hahaha )

Kengkadang bila dah lama sangat jadi cam ni, air kencing akan bertakung i.e tak mengalir ngan sempurna menyebabkan pesakit dapat jangkitan pundi kencing, batu or complete obstruction/retention macam pak menakan mujib

Nak assess prostate ni bengkak or idak kena wat PR ( per rectal examination ). tengok diagram kat atas....dekat je prostate tu ngan lubang dubur ( anus ). Jadi jari dimasukkan melalui anus and doktor akan merasa saiz, rupa permukaan prostate, sakit ke dak etc2.

Selain tu ada gak ujian darah yang leh dibuat untuk menentukan keaktifan prostate ni ( PSA - prostate specific antigen ) dan bersama2 ngan ujian ultrasound kita boleh nak bezakan samada prostate tu membengkak biasa or prostate tu nak jadi kanser.

Ni aku tulis ringkas ...maybe kadut nak tambah. Pasal kanser prostate...tolong wat baacan sendiri....aku nak kena gi bank, post office jap....chow


----- Original Message ----
Sent: Thursday, October 9, 2008 5:43:22 PM
Subject: Re: [xbp84] pak mujib's prostate enlargement ( hehehe )

err.. mmg sel2 prostate nih mengganda dan membengkakkan kelenjar setiap masa ke apa?
camna yg boleh jadi camtuh? terlebih pakai ker? terkurang pakai ker? terkejut pakai ker? camner?


2008/10/9 Shamsul Amri :

risk faktor utama LELAKI ngan umur yang meningkat....kalau mati awal problem settle

faktor penyebab remain unknown....but berkait rapat ngan perubahan hormon ngan peningkatan umur. Testes wat testosterone yang kemudainnya di convert kpd dihydrotesto ( DHT bukan susu UHT ) n estrogen ( tu yng makin tua makin romantik, makin lembut ...terlebih hormon betino ). DHT yang wat prostate membesar....camana dia wat kena la deme wat research extra...tak tau

Dulu sebelum aku belajar pun aku cam hang gak....pasai terlebih galak ke, kurang galak ke or tak galak2 ke

ceritanya prostate ni ada dua peringkat pembesaran.....peringkat pertama semasa baligh..size jadi double. peringkat kedua....semasa zaman galak nak menikah....25 n above, yang kendian ni yg brkait rapat ngan BPH.

Satu lagi tak semestinya prostate tu membesar kita akan ada symptom, symptom bermula bila saluran urethra dah compromise.....



Related Posts with Thumbnails